Dua hari lepas aku mendapat perkhabaran yang amat menyedihkan aku. Seorang kawan yang aku kenali iaitu Ewah telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan bacaan Surah Yassin aku sedekah buat arwah. Sepanjang tempoh mengenalinya sememangnya arwah seorang yang baik hati, rajin, mesra dengan sesiapa saja, dan keletahnya yang mencuit hati adalah salah satu aset yang berharga bagi arwah. Berikut adalah gambar kenangan bersama arwah semasa menjadi petugas SUKMA ke12 di Terengganu di bahagian ICT. Semoga roh Allahyarham Ewah dicucuri rahmat dan tergolongan di kalangan orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment